Tinjauan ke web yang lain....
1. Harian Metro
2. Blog Linda Onn
3. Blog Aznil Nawawi
Tuesday, May 26, 2009
Suara Hati

HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."
Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya. Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.
Keindahan Kota Cardoba...

CORDOBA, satu daripada lapan negeri dalam Wilayah Andalusia di selatan Sepanyol atau dirujuk sebagai al-Andalus ketika di bawah penguasaan Islam yang mengembangkan pengaruhnya ke Eropah di bawah pimpinan Panglima Tariq Ibnu Ziyad. Bagi umat Islam, pasti berasa sedih apabila melihat bekas masjid yang berubah fungsi menjadi gereja selepas wilayah itu jatuh ke tangan Kristian pimpinan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabelle.
Monumen yang pastinya pilu
dilihat umat Islam ialah Le Mezquita, bekas masjid agung yang tersergam indah di tebing Sungai Guadalquiver yang merentasi bandarnya, tetapi kini berubah dengan elemen Kristian padanya. Masjid berkenaan dibina pada zaman Khalifah Abdul Rahman II dan diteruskan oleh anak cucu baginda selama hampir dua abad sehingga siap seperti sekarang, indah dengan struktur dan seni bina hasil inspirasi arkitek Islam pada zaman itu. Di dalamnya, ada puluhan atau ratusan tiang bermotif pohon palma yang dicat warna tanah dan merah muda seperti barisan jemaah sedang bersiap untuk bersolat.

Cordoba menempatkan banyak tinggalan seni bina menarik yang dibina ketika ia menjadi ibu kota di bawah pemerintahan khalifah Islam yang memerintah hampir seluruh Semenanjung Iberia. Ia pernah dijajah Empayar Rom pada 412 Masihi tetapi berkembang ketika di bawah pemerintahan Bani Umaiyah sehingga menjadi pusat keilmuan dan kesenian Islam sebelum dijajah kerajaan Kristian Aragon dan Castile pada abad ke-15. Cordoba mencapai zaman kegemilangannya ketika pemerintahan Abdul Rahman III, menjadi kota terbesar dalam Empayar Islam dan Eropah sehingga mengalahkan Byzantium dan Baghdad, terutama dalam bidang sains, kebudayaan dan kesenian. Ia menjadi pusat ilmu yang begitu pesat dan melahirkan ilmuwan terkemuka Islam seperti Ibn Rushd dan Imam Qurtubhi.
Taman Alcazar berlatar belakang bangunan silam.
Taman Alcazar berlatar belakang bangunan silam.
Melangkah masuk ke kawasan Le Mezquita, terserlah kehebatan seni binanya dengan halaman luas menempatkan landskap amat menarik serta kolam memancutkan air segar yang menenangkan jiwa. Mengunjungi Cordoba, memori boleh mengimbau lebih 2,000 tahun lalu ke zaman pemerintahan Rom melalui peninggalan seperti Jambatan Roman, selain rasa bangga membayangkan zaman keagungan Islam ketika itu. Antara arkeologi tinggalan Islam paling berharga ialah bekas kota lama Medina Azahara, terletak kira-kira lima kilometer dari pusat bandar yang dibina antara 936 Sebelum Masihi (SM) hingga 940 SM dan bertahan 80 tahun sebelum kejatuhan Kerajaan Umaiyah. Turut menjadi tumpuan ialah Taman Alcazar yang memaparkan keindahan hortikultur Arab, manakala bagi yang gemar membeli belah, pelbagai barangan terutama produk kulit dan perak yang terkenal di Cordoba dijual pada harga amat berpatutan. Banyak lagi produk pelancongan menarik menunggu di negeri yang indah ini, tetapi bagi umat Islam, melangkah meninggalkan Cordoba pasti diiringi emosi yang amat mendalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)